Wednesday, June 8, 2016

Tebus Mata Ganjaran Astro Circle

Tebus Mata Ganjaran Astro Circle

Semuanya bermula bila aku terperasan ada tertulis perkataan mata gajaran terkumpul Astro Circle pada bahagian Ringkasan Ganjaran kat bil Astro aku. Rupanya lebih kurang begini:
Bil Astro Dengan Maklumat Mata Ganjaran Astro Circle
Contoh bil Astro
Aku pun mulalah selidik pasal progam loyalti Astro Circle yang disediakan oleh pihak Astro. Rupa-rupanya sesiapa yang ada melanggan Astro secara automatik akan dapat mata ganjaran ni. Hanya empat golongan je yang tak dapat. Mereka ni adalah terdiri daripada:
(1) Pelanggan NJOI
(2) Staf-staf Astro Holdings Sdn Bhd
(3) Mereka yang hanya melanggan Astro On-The-Go
(4) Langgan Astro atas nama syarikat

Bagaimana Mata Ganjaran Astro Circle Diperolehi?

Korang boleh dapat mata ganjaran dengan 3 cara iaitu:
(1) Mata ganjaran diberikan berdasarkan berapa lama korang telah menjadi pelanggan Astro.
  • 2 ke 3 tahun akan mendapat 40 mata setiap bulan
  • 3 ke 5 tahun akan mendapat 50 mata setiap bulan
  • 5 tahun ke atas akan mendapat 70 mata setiap bulan
(2) Mata ganjaran diberikan berdasarkan pakej yang korang langgan.
  • Pakej Super Pek atau / dan IPTV akan mendapat 100 mata per bulan
  • Langganan bulanan melebihi RM150 akan mendapat 100 mata per bulan
(3) Mata ganjaran turut diberikan kepada pelanggan Astro apabila mereka terlibat dan sertai kempen Astro.
Contoh: Upgrade pakej, auto debit, e-billing, jawab soal-selidik dan sebagainya.

Di Mana Boleh Semak Mata Ganjaran Terkumpul Astro Circle?

Korang boleh semak melalui bil Astro korang atau pergi ke laman Astro Circle dengan klik link di bawah:
Login dengan menggunakan Astro ID (nama pengguna) masing-masing. Korang perlu daftar untuk mendapatkan Astro ID jika korang belum ada ID lagi.

Cara Nak Daftar Untuk Dapatkan Astro ID

(*Boleh skip jika korang dah ada Astro ID)
(1) Korang boleh daftar dengan klik link Pendaftaran Astro ID seperti ditunjukkan:
Lengkapkan maklumat yang dikehendaki dan klik butang “I agree – Sign up“.
Pendaftaran Astro ID
(2) Selepas selesai pendaftaran, satu email pengaktifan akan dihantar ke alamat email korang.
(3) Buka email tersebut dan klik link yang disertakan untuk tujuan pengaktifan dan pengesahan. Harus diingatkan, link pengaktifan hanya laku sah dalam masa 48 jam. Lebih daripada tu, korang kena daftar semula.

Cara Hendak Tebus Mata Ganjaran Astro Circle

Login dengan klik link “Login” yang terdapat di penjuru atas belah kanan laman utama Astro Circle. Seterusnya masukkan Astro ID dan kata laluan. Kemudian klik butang “Login“.
Login Astro Circle
Setelah berjaya login, skrin akan kelihatan begini. Korang klik Katalog Penebusandan skroll ke bawah.
Katalog Penebusan Astro Circle
Haa! Korang dah boleh mula melihat senarai barang yang menarik untuk ditebus. Bila dah jumpa mana yang korang berkenan, klik butang “Tebus Sekarang“. Dalam hal ni, aku pilih rebet RM10 pada bil Astro aku.
Memilih Produk Untuk Ditebus Astro Circle
Kemudian lengkapkan maklumat yang dikehendaki dan klik butang “Hantar“. Nanti akan keluar skrin pengesahan sebelum diproses dan diikuti skrin terima kasih bagi mengakhiri penebusan barang yang korang buat.
Penebusan Produk Astro Circle
Korang akan menerima satu email perakuan dari pihak Astro sebaik sahaja penebusan korang dihantar. Semak kat tab Sejarah Penebusan bagi memastikan terdapat rekod penebusan barang korang. Laporkan ke khidmat pelanggan Astro jika tiada rekod dicatat.
Semakan Penebusan Produk Astro Circle
Cara untuk pergi ke bahagian sejarah penebusan adalah dengan lihat paparan di atas. Mula-mula korang klik kat menu drop-down (1) dan selepas tu baru klik “Sejarah Penebusan” (2). Korang akan dibawa ke paparan yang berikutnya.
Sejarah Penebusan Astro Circle
Itu saje! Mudah bukan? Sekarang korang boleh relaks dan tunggu barang korang diposkan ke rumah (Macam contoh tebus rebet, cuma bil Astro aku akan berkurangan. Tiada penghantaran barang terlibat).

2 comments:

  1. Assalamualaikum, nak tanye Kalau lepas kita buat astro id tuh point kita yang dekat bil 1750 jadi 0 balik dekat Web astro macam mana ye?

    ReplyDelete
  2. Boleh byr bil astro pakai point ni x

    ReplyDelete